Wednesday 29 May 2013

Berselimut



{73}
AL-MUZZAMMIL (yang berselimut) 1~20.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Hai orang-orang yang berselimut !.
2. Berdirilah pada malam, kecuali sedikit.
3 (iaitu) setenggahnya atau kurangkan sedikit daripadanya.
4. Atau lebihkan atasnya, dan bacalah Quran dengan sungguh-sungguh tertib.
5. Sesungguhnya kami akan turunkan kepada mu perkataan yang berat.
6. Sesungguhnya (bangun) waktu-waktu malam itu adalah lebih sangat bekas (nya) dan lebih  teguh bacaan (nya).
7. Sesungguhnya pada waktu siang, engkau mempunyai urusan yang panjang.
8. Dan  sebutlah nama Tuhan mu, dan beribadatlah kepadanya dengan sungguh-sungguh ibadat.
9. (Iaitu) Tuhan bagi musrik dan maghrib, tidak ada sebarang Tuhan (yang sebenarnya) melainkan dia, maka jadi kan lah dia penanggung (mu).
10. Dan sabarlah atas apa-apa yang mereka katakan, dan jauhi lah mereka dengan penjauhan yang bagus.
11. Dan biarkan lah akan daku beserta orang-orang yang mempunyai nikmat yang mendustakan dan berilah tempoh sedikit kepada mereka.
12. Sesungguhnya disisi kami ada belangu-belangu dan neraka.
13. Dan (ada) makanan yang kesat (dileher) dan azab yang pedih.
14. (Iaitu) pada hari yang bumi dan gunung bergetar keras, dan jadilah gunung-gunung itu longgok kan debu.
15. Sesungguhnya kami kirim kepada kamu seorang pesuruh yang menyampaikan atas (perbuatan jahat) kamu, sebagaimana kami telah utuskan seorang Rasul kepada Firaun.
16. Tetapi firaun derhaka kepada Rasul itu, lalu kami seksa dia satu seksaan yang berat.
17. Maka bagaimana kah bisa kamu meyelamatkan diri-diri kamu, jika kamu kufur, pada hari yang menjadikan anak-anak muda itu tua ? .
18. (Hari yang) langit akan pecah belah dengan sebab nya, adalah janji nya itu ditunaikan.
19. Sesungguhnya ini satu peringatan, maka barang siapa mahu, nescaya ia mengambil jalan kepada Tuhan nya.
20. Sesungguhnya Tuhan mu tahu, bahawa engkau berdiri sembahayang kurang daripada dua pertiga malam dan (engkau sembahayang) setengah nya dan sepertiga nya bersama segolongan daripada orang-orang yang berserta mu, dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang, ia tahu bahawa kamu tak bisa mengiranya dengan betul, lalu ia ampunkan kamu, maka bacalah apa yang mudah (dibaca) daripada Quran, ia ketahui bahawa akan ada diantara kamu orang-orang yang sakit dan yang lain (pula) akan berpergian dibumi mencari sebahagian dari kurnia Allah, dan yang lain (lagi) akan berperang dijalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (dibaca) daripadanya, dan dirikan lah sembahayang dan keluarkan lah zakat, dan pinjamkan lah kepada satu pinjaman yang baik, kerana apa-apa yang kamu sediakan untuk diri-diri kamu dari kebaikan, nescaya kamu dapati disisi Allah lebih baik dan lebih besar ganjaran, dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]


.