{73}
AL-MUZZAMMIL (yang berselimut) 1~20.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
orang-orang yang berselimut !.
2.
Berdirilah pada malam, kecuali sedikit.
3 (iaitu)
setenggahnya atau kurangkan sedikit daripadanya.
4. Atau lebihkan
atasnya, dan bacalah Quran dengan sungguh-sungguh tertib.
5.
Sesungguhnya kami akan turunkan kepada mu perkataan yang berat.
6.
Sesungguhnya (bangun) waktu-waktu malam itu adalah lebih sangat bekas (nya) dan
lebih teguh bacaan (nya).
7. Sesungguhnya
pada waktu siang, engkau mempunyai urusan yang panjang.
8.
Dan sebutlah nama Tuhan mu, dan
beribadatlah kepadanya dengan sungguh-sungguh ibadat.
9.
(Iaitu) Tuhan bagi musrik dan maghrib, tidak ada sebarang Tuhan (yang
sebenarnya) melainkan dia, maka jadi kan lah dia penanggung (mu).
10. Dan sabarlah atas apa-apa yang mereka katakan,
dan jauhi lah mereka dengan penjauhan yang bagus.
11. Dan
biarkan lah akan daku beserta orang-orang yang mempunyai nikmat yang mendustakan
dan berilah tempoh sedikit kepada mereka.
12.
Sesungguhnya disisi kami ada belangu-belangu dan neraka.
13. Dan
(ada) makanan yang kesat (dileher) dan azab yang pedih.
14.
(Iaitu) pada hari yang bumi dan gunung bergetar keras, dan jadilah
gunung-gunung itu longgok kan debu.
15.
Sesungguhnya kami kirim kepada kamu seorang pesuruh yang menyampaikan atas
(perbuatan jahat) kamu, sebagaimana kami telah utuskan seorang Rasul kepada
Firaun.
16.
Tetapi firaun derhaka kepada Rasul itu, lalu kami seksa dia satu seksaan yang
berat.
17. Maka
bagaimana kah bisa kamu meyelamatkan diri-diri kamu, jika kamu kufur, pada hari
yang menjadikan anak-anak muda itu tua ? .
18. (Hari
yang) langit akan pecah belah dengan sebab nya, adalah janji nya itu
ditunaikan.
19.
Sesungguhnya ini satu peringatan, maka barang siapa mahu, nescaya ia mengambil
jalan kepada Tuhan nya.
20.
Sesungguhnya Tuhan mu tahu, bahawa engkau berdiri sembahayang kurang daripada
dua pertiga malam dan (engkau sembahayang) setengah nya dan sepertiga nya
bersama segolongan daripada orang-orang yang berserta mu, dan Allah menetapkan
ukuran malam dan siang, ia tahu bahawa kamu tak bisa mengiranya dengan betul, lalu
ia ampunkan kamu, maka bacalah apa yang mudah (dibaca) daripada Quran, ia
ketahui bahawa akan ada diantara kamu orang-orang yang sakit dan yang lain
(pula) akan berpergian dibumi mencari sebahagian dari kurnia Allah, dan yang
lain (lagi) akan berperang dijalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (dibaca)
daripadanya, dan dirikan lah sembahayang dan keluarkan lah zakat, dan pinjamkan
lah kepada satu pinjaman yang baik, kerana apa-apa yang kamu sediakan untuk
diri-diri kamu dari kebaikan, nescaya kamu dapati disisi Allah lebih baik dan
lebih besar ganjaran, dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah itu
pengampun, panyayang.
[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
.
[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
.